Sunday, 5 May 2013
Wanita Berbulu
Masalah Wanita Berbulu
Apa pandangan anda terhadap orang yang berbulu lebat? Buruk? Tidak kemas? Merimaskan? Atau mempunyai daya rangsangan seks yang kuat? Hal ini bukan masalah kepada lelaki tetapi tidak bagi wanita. Mereka yang berbulu lebat terutama pada bahagian kaki (dari betis hingga ke paha), badan, dan tangan membataskan mereka untuk menggayakan pelbagai koleksi fesyen seperti skirt dan baju lengan pendek atau tanpa lengan. Meskipun begitu, sama ada banyak, lebat atau kurang bulu adalah berbeza dari setiap individu kerana ia bergantung pada genetik seseorang, umur dan juga diet.
Persepsi masyarakat terhadap wanita yang berbulu lebat sememangnya agak negatif. Jika berbulu di bahagian kaki, penampilan dikatakan kurang menarik atau tidak kemas. Jika berbulu di tangan pula, wanita terbabit akan lebih dilihat dengan pandangan berbau seksual. Tanggapan begitu sedikit sebanyak menyebabkan wanita mengidamkan kulit licin bersih sehingga sanggup berhabis, masa dan wang, mencukur, mencabut atau menjalani apa juga rawatan yang boleh mengatasi `masalah’ mereka walaupun hakikatnya, mereka mungkin berhadapan keadaan lebih buruk apabila bulu baru yang tumbuh semakin lebat dan tidak sekata.
Membuang rambut badan menjadi satu norma kerana kulit licin memberi satu pandangan yang lebih kemas. Menjadikan diri kita kemas (groomed) adalah satu budi bahasa biasa. Evolusi budaya badan juga membuat wanita moden semakin sedar bahawa penyingkiran bulu adalah keperluan perhiasan diri (grooming) hinggakan bagai satu trend apabila wanita berkunjung ke pusat kecantikan hanya untuk membuang bulu pada bahagian kening, mulut, wajah, kaki dan tangan.
Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam Spa Espirit Group, Janet Lim, berkata banyak sebab musabab mengapa bulu perlu dibuang.
Antaranya:
1. Sebab estetik. Sesetengah orang berasa membuang bulu adalah sebahagian daripada hias diri dan ia membuat mereka kelihatan lebih kemas serta lebih bersih.
2. Untuk kebersihan dan keselesaan, terutama mereka yang suka bersukan. Kebanyakan mereka berasa yang membuang bulu dapat mengurangkan geseran, terutama di bahagian ketiak. Penyingkiran rambut juga mengurangkan bau badan selain mengurangkan peluang peluh dan bakteria terperangkap di rambut badan terutama dalam persekitaran atau iklim lembap dan panas.
3. Memenuhi permintaan pasangan mereka. Ada pasangan yang ingin pasangan mereka tampil bersih tanpa bulu.
Beliau berkata, kaedah terbaik dan menjadi pilihan ramai masa kini adalah waxing atau pelilinan. Ia adalah kaedah mencabut bulu roma atau anak rambut dengan memakai sejenis lilin khas. Cara ini lebih diminati wanita berbanding cara mencabut bulu roma kerana hasilnya lebih baik, kulit kelihatan bersih dan kadar tumbuh bulu roma yang baru lebih lama dibandingkan dengan cara cukuran.
“Kesannya, lebih cepat, harga yang mampu, pertumbuhan semula lebih perlahan daripada kaedah biasa seperti mencukur iaitu mengambil masa antara tiga hingga enam minggu untuk tumbuh semula selain satu cara yang lebih baik untuk pengelupasan.
“Tidak kurang juga ada yang mahukan penyelesaian lebih kekal dengan melakukan IPL ayau Intense Pulsed Light iaitu cara pengurangan rambut separa kekal dengan menggunakan pancaran cahaya yang khas ditapis. Ia berfungsi untuk menghancur rambut dari akar dan folikel. Pertumbuhan semula biasanya adalah lebih perlahan, lebih ringan dan lebih nipis tekstur,” katanya.
Lim yang juga Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam Strips, pusat kecantikan pembuangan bulu, berkata bagi memenuhi keperluan itu, Strips: Minstry of Waxing, menyediakan perkhidmatan waxing dan IPL untuk semua bahagian badan, khususnya untuk rawatan kepakaran Brazilian dan Boyzilian. Menerusi empat cawangan di Malaysia, Strips memberi perkhidmatan pembuangan bulu profesional kepada mereka yang mahu menghapuskan bulu di tubuh. Membuang bulu secara banyak, sudah pasti mengerikan. Persepsi takut dan bimbang akibat kesakitan yang keterlaluan ketika mencabut bulu akan hilang serta-merta selepas mencuba kaedah yang disediakan di Strips.
Dengan Kaedah Pencelupan Sekali (No Double Dipping) dan amalan kebersihan yang diutamakan, anda pasti puas hati melihat hasilnya. Tambah pula ahli terapi profesional juga bijak mengalihkan pandangan dan rasa bimbang bagi mereka yang pertama kali mencubanya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu Brazilian wax RM114.50, Brazilian IPL (RM900), bawah lengan RM25 dan separuh kaki (RM58). Kedai pelopor berkonsep waxing (waxing concept store) itu bermula di Singapura pada 2002. Jenama antarabangsa itu kini mempunyai 12 cawangan di sekitar Singapura serta 19 cawangan lain di Kuala Lumpur, London, New York, Shanghai, Hong Kong, Bangkok, Manila serta Jakarta. Empat cawangan Strips di Malaysia adalah di pusat beli-belah Lot 10 Kuala Lumpur, The Curve, Sunway Pyramid dan di Jalan Telawi, Bangsar.
Adakah pembuangan bulu boleh bagi wanita mengandung? Kata Lim, ia selamat pada tiga bulan kehamilan pertama, namun perlu mendapatkan nasihat pakar sakit puan jika ingin dilakukan dua atau tiga bulan akhir kehamilan bagi mengelak sebarang kesan sampingan.
Sumber : Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































