Tuesday, 4 June 2013

Cara Kreatif Jimat Belanja Dapur

0 comments



Cara Kreatif Jimat Belanja Dapur

Masak sendiri
Makan di luar sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di kawasan bandar khususnya.Tidak salah jika membawa anak-anak makan di luar, tetapi janganlah diselalukan.Lebih jimat rasanya jika anda memasak sendiri di rumah.Walau sesibuk mana pun anda cubalah untuk luangkan masa memasak sendiri.Kini terdapat banyak menu-menu masakan mudah yang boleh dicuba.Anak-anak juga pastinya ingin merasa masakan air tangan ibunya sendiri. Kalau anda nak tahu, cara ini juga berkesan untuk memikat hati suami.

Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ni agak melecehkan kerana anda perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang anda keluarkan. Tapi dengan cara ini sahaja anda akan dapat menjejaki kemana hilangnya duit anda disamping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan anda pada setiap bulan.  Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian anda dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar dan duit masuk.

Sumber makanan
Kita boleh gunakan alternatif lain untuk mendapatkan sumber makanan selain dari membelinya di pasar raya.Caranya adalah dengan menanam pokok-pokok sayuran seperti cili, sawi, daun kunyit dan bayam di rumah.Semua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Malah, anda juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal.

Jadi kreatif dalam masakan
Bagaimana agaknya untuk kreatif dalam masakan dan pada masa yang sama dapat berjimat. Caranya mudah iaitu dengan menyimpan lebihan lauk di dalam peti sejuk. Semua lebihan ini boleh diupgrade dan dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah.Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Cuba fikirkan menu kreatif lain yang boleh anda buat di samping berjimat.

Bajet perbelanjaan di dapur sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia satu keperluan wajib harian kita. Tetapi apa kata mulai hari ini, kita berjimat dalam perbelanjaan dapur dan kita gunakancara bijak demi menjaga keharmonian seisi keluarga. Islam juga menggalakkan umatnya berjimat cermat di dalam menguruskan perbelanjaan.





Leave a Reply

Labels