Saturday, 1 June 2013
Gaaaa....gap...
Atasi Masalah Anak Gagap
1. Ambil madu lebah asli dan campurkan dengan garam. Kemudian letakkan di bawah lidah serta gosokkan di sekeliling bawah lidah.
2. Membaca dengan Suara Kuat - Latihan membaca dengan suara kuat boleh membantu mengatasi gagap. Latihan ini secara tidak langsung dapat memberikan seseorang waktu untuk berkonsentrasi pada pengucapannya. Latihan ini juga memberikan nilai tambahan dengan membantu meningkatkan kosa kata, sehingga memberikan kemampuan untuk mengganti kata-kata yang sulit menjadi lebih sederhana.
3. Tarik nafas dalam-dalam - Jika gagap adalah stres, maka menarik nafas dalam-dalam boleh membantu mengurangkan stres. Latihan pernafasan boleh membantu mentenang dan mengurangkan tekanan.
3. Berjumpa dengan pakar - Jika tidak mampu mengatasinya sendiri, cubalah untuk mencari bantuan profesional. Doktor atau kaunselor akan memberikan program-program yang harus dilalui untuk menghentikan gagap. Berusaha untuk menghentikan gagap bukanlah satu hal yang boleh berjaya dalam waktu satu malam sahaja. Kesabaran adalah sangat perlu dalam menangani masalah gagap ini.
4. Berfikir secara positif - Pemikiran ini merupakan salah satu hal yang penting, kerana dengan berfikiran positif boleh memberikan keberanian dalam mengatasi kesulitan bercakap dan membantu mencapai tujuan. Hal lain yang penting untuk diingat adalah ramai orang yang boleh bebas dari masalah gagap dengan berfikiran positif.
5. Cari penyebabnya - Meskipun terlalu sulit menentukan penyebab berlakunya gagap, tetapi dengan mencari pola yang dialami boleh membantu seseorang mengatasi gangguan ini. Untuk mengatasinya cuba berlatih artikulasi kata ketika sedang bersendirian dengan menggunakan bantuan cermin.
6. Berbicara secara perlahan - Teknik ini adalah salah satu kaedah yang dipraktikkan untuk menghentikan gagap. Dengan berbicara secara perlahan akan membantu seseorang membentuk kata-kata dalam fikirannya, sehingga boleh mengurangi stres dan dapat mengucapkan kata dengan betul. Jika cara ini sering dilakukan, maka lama kelamaan frekuensi gagap akan semakin menurun dan boleh berbicara lebih lancar dan cepat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































