Tuesday, 4 June 2013

Lingkaran Gelap Bawah Mata

0 comments


Lingkaran Gelap Bawah Mata


Penyebab:

Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak menurun. 

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut. 
CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan. 
Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada. 
Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang  berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar). Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.

Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan
konsultansi dengan doktor pakar kulit. 
Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 





Leave a Reply

Labels