Saturday, 1 June 2013

Manifesto Juara Versus Musim Kedua

0 comments



Manifesto Juara Versus Musim Kedua

Persembahan bertenaga yang ditonjolkan oleh Band Manifesto sekaligus melayakkan kumpulan itu dinobatkan selaku juara pada pertandingan Versus musim kedua yang diadakan di Space U8, Shah Alam, dan disiarkan secara langsung di TV9 malam tadi.

Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Mengenai konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu ‘mash-up’ dan persembahan lagu baru. Untuk pusingan ‘mash-up’ Manifesto mempersembahkan lagu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa,

Pun begitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undian tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan tersebut. Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.





Leave a Reply

Labels