Wednesday, 5 June 2013
Mudah Dapat Kerja?
Tips Untuk Mudah Mendapat Pekerjaan
1. Kemahiran - Setiap insan mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, ada yang mahir bercakap, ada yang mahir mengurus, ada yang mahir menaip dan sebagainya. Untuk menjamin anda mudah mendapat kerja, maka perlu ada salah satu kemahiran yang membolehkan anda menarik perhatian pemberi kerja. Kemahiran seperti ini lah yang akan menjadi keistimewaan pada diri anda yang akan membezakan kelayakan anda dalam bidang akademik.
2. Penampilan Diri Anda - Sekiranya ada ingin meminta kerja dalam bidang yang profesional, maka sesuaikanlah pemakaian anda dengan bidang kerja yang anda minta. kalau boleh pakai lah pakaian seperti model di atas yang ada status good 2, kemas dan kalau si penemu ramah nak interview pon sejuk je mata die memandang.
3. Pengetahuan Yang Luas - Bagi memudahkan anda mendapatkan perkerjaan, Lengkapkan diri anda dengan pengalaman, pengetahuan dan kelayakan akademik yang sesuai dengan perkerjaan anda. Terdapat pekerja yang mendapat kerja bukan kerana akedemik tetapi berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya.
4. Berfikiran Positif - Berfikiran terbuka, bertoleransi, dan bersemangat tinggi merupakan sifat positif yang perlu ada dalam diri anda.Biasanya cirri-ciri ini dinilai semasa anda ditemu duga.Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pandangan seseorang terhadap majikan dan perkembangan semasa.
5. Beretika - Seseorang itu perlu mempunyai etika dan nilai personaliti yang baik. Etika dalam kerja seperti jujur, cekap, amanah, bertimbang rasa, saling bantu membantu dan bertanggungjawab akan mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan perkerjaan.
6. Mempunyai Kemahiran Sampingan - Selain mempunyai kemahiran utama, anda perlulah mempunyai kemahiran sampingan seperti berkemahiran dalam bidang IT, berkomunikasi dengan baik, pengurusan kerja yang cekap. Ciri-ciri ini penting bagi bakal majikan kerana mereka memerlukan pekerja yang sentiasa berdedikasi dan bersedia menjalankan tugas.
7. Pengetahuan Semasa - Selalunya pekara ini diambil ringan oleh pencari kerja. Kadang-kadang si penemuduga akan bertanyakan isu semasa samaada dalam dan luar negara untuk melihat sama ada bakal pekerjanya peka dengan isu semasa ataupun tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































