Thursday, 6 June 2013
Pusat Beli-belah Tercanggih di Dunia
Lima pusat beli-belah tercanggih di dunia
Wifi City Mall
Terletak di dalam kompleks Kota Mesir dan disertakan dengan tema ‘Wifi City Mall’. Kompleks beli-belah ini dibuka pada tahun 2001 dan mempunyai 1,000 ruang tempat letak kenderaan tertutup. Pusat beli-belah ini juga dilengkapi butik kelas atas yang menjual pakaian mewah seperti Marks & Spencer, Topshop, La Senza, restoran dan kawasan taman hiburan (Encounter Zone). Ruangan bawah tanah pula bertema Arab (Khan Murjan) dan spa (Cleopatra Spa).
Dubai Mall, Dubai
Dubai Mall adalah gedung beli-belah terbesar di dunia iaitu mempunyai 1.124 juta meter persegi. Pusat beli-belah ini dibuka pada tahun 2008 dan dilengkapi akuarium air laut yang besar. Gedung ini juga dilengkapi arena luncur ais, hotel mewah, 22 pawagam dan 120 restoran dan kafe. Memiliki konsep berbeza seperti ‘Gold Souk’, ‘Fashion Island’, ‘The Grove’, dan atap yang boleh ditarik keluar dan masuk. Sangat unik dan luar biasa.
GPO Melbourne
Bangunan ini adalah sebuah pejabat pos tua, singkatan daripada ‘General Post Office’ (GPO). Bangunan ini menjadi salah satu bangunan kesenian yang paling terkenal di Australia. Dibangunkan mulai 1907 sehingga 1993. Pada tahun 2004 pula diubah menjadi sebuah pusat beli-belah. GPO ini juga mempunyai taman yang dipanggil ‘Galaxy Land’ dan dilengkapi permainan ‘roller coaster’. Mempunyai rumah bagi empat singa laut dan replika dari Santa Maria. Gedung beli-belah ini juga memiliki sebuah hotel, ruangan menembak, restoran makan malam bagi menyaksikan tayangan teater, pawagam dan empat stesen radio.
West Edmonton Mall, Alberta
Gedung beli-belah kelima di dunia dan terbesar di Amerika Utara. Memiliki kolam mandi terbesar di dunia. Dibangunkan pada tahun 1981, dan boleh memuatkan 20,000 kenderaan di tempat letak kenderaan. Gedung ini juga mempunyai Bourbon Street, Europa Boulevard dan Chinatown.
Tokyo Midtown
Terletak di tengah bandar raya Tokyo dengan keluasan sekitar 566.708 meter persegi. Terdapat hotel dan tempat rekreasi menarik di dalam pusat beli-belah itu dan menjadi bangunan tertinggi di Tokyo. Dalam bangunan ini juga terdapat Muzium Seni Suntoory dan pusat pelancongan dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































