Monday, 3 June 2013

Siti Nurhaliza Bakal Jual Tudung Rekaannya

0 comments



Siti Bakal Jual Tudung Rekaannya Ramadhan Ini

Setelah mengambil keputusan untuk bertudung litup, penyanyi tersohor Negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin akui semakin obsess dengan koleksi tudung yang berada di pasaran. Malah, dia kini telah merancang untuk membuka sebuah perniagaan tudung yang diberi nama Siti Scarf yang dijangka dilancarkan menjelang Ramadan ini.  

"Selepas bertudung, saya semakin berminat untuk mencari tudung-tudung yang selesa untuk dipakai. Malah saya punya banyak koleksi tudung di rumah.

"Saya juga suka menggayakannya dengan cara tersendiri bila memakai tudung.
"Jadi apa salahnya jika saya kongsikan gaya saya itu bersama peminat dan orang ramai.

"Saya sudah pun berjumpa dengan pembekal tudung dan dijangka akan mula melancarkan koleksi tudung saya yang diberi nama Siti Scarf ini sebelum menjelang Ramadan ini," katanya kepada murai.com.my

Mengulas mengenai koleksi Siti Scarf itu, Siti Nurhaliza memberitahu kebanyakan tudung berkenaan adalah inspirasinya dan juga diereka khas oleh pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

"Banyak jenis sebenarnya tudung yang saya akan jual nanti. Ada diantara tudung yang saya pilih sendiri dan ambil daripada pembekal.

"Malah saya juga merancang untuk menjual tudung yang diinspirasikan oleh saya dan direka khas oleh Rizman Ruzaini," jelasnya lagi. Belum terfikir untuk membuka butik atau kedai yang menempatkan koleksi tudungnya itu, namun Siti Nurhaliza memberitahu Siti Scarf akan mula berada di laman web rasminya iaitu www.simplysiti.com.myuntuk jualan secara online.

"Sebenarnya saya akan membuka jualan untuk Siti Scarf ini di laman web rasmi yang baru saya lancarkan."

Di situ pelanggan dan peminat boleh melihat dan membeli semua koleksi tudung yang akan dikeluarkan.

"Selain koleksi Siti Scarf, pelanggan dan peminat boleh juga membuat belian secara online untuk produk SimplySiti disamping boleh mengetahui aktiviti terkini karjaya seni saya," luahnya lagi.





Leave a Reply

Labels