Monday, 3 June 2013

Snek di Pejabat

0 comments



Pilihan Snek di Pejabat

a) Aprikot Kering
PILIHAN
Buah ini kaya dengan nutrisi dan penuh vitamin, mineral dan enzim penting. Snek ini kaya dengan serat, beta karoten, vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri daripada melawan kanser prostat serta paru-paru. Gula semulajadi yang terdapat dalam aprikot dapat meningkatkan kadar gula darah. Demikian  menurut Susan Kleiner, penulis buku The Good Mood Diet.

HARUS DIPERHATIKAN:
Kalori banyak terdapat dalam buah kering. Jadi perhatikan hidangannya. Setiap ½ cawan (65g) aprikot kering mengandungi 156kcal dan 0.3g lemak. 

b) Epal
PILIHAN
Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda merasa  lebih kenyang dan menahan daripada makan secara berlebihan. 

HARUS PERHATIKAN:
Pilih epal yang bersaiz kecil atau sederhana untuk snek. Anda juga boleh gabungkan epal dengan sekeping keju rendah lemak atau satu sudu makan kacang untuk tenaga yang tahan  lama dan badan yang sihat. Setiap 1 biji epal ukuran sederhana (180g) mengandungi 77kcal dan 0.3g lemak. 

c) Yogurt 
PILIHAN
Snek ini rendah lemak dan kolesterol. Ia juga sumber vitamin B12, protein, potassium, zat besi dan sumber riboflavin, kalsium dan fosfor yang sangat baik. 

HARUS DIPERHATIKAN: 
Banyak yogurt yang dikatakan sihat tetapi mengandungi banyak pemanis, sirap atau gula. Pilihlah yogurt rendah lemak dan rendah gula. Untuk lebih elok,  taburlah yogurt dengan blueberry atau potongan buah-buahan untuk mendapatkan serat. Setiap 100g yogurt rasa buah dan rendah lemak mengandungi 102kcal dan 1.1g lemak.  

d) Dark Chocolate
PILIHAN
Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress. Dengan mengunyah coklat, ia dapat mengurangkan mood negatif sehingga anda boleh santai bersama rakan sekerja. 

HARUS PERHATIKAN:
Pilih dark chocolate yang mengandungi kurang 70% koko untuk mendapatkan manfaat flavonoid yang maksimum. Ia juga mengandungi lemak tepu, jadi pastikan anda makan sepotong kecil sahaja ketika ingin mengunyah. Setiap potongan kecil (28g) dark chocolate, 70-85% koko mengandungi 168kcal dan 12g lemak. 

e) Kraker
PILIHAN
Sangat praktis dan baik untuk perut. Banyak kraker diberi vitamin tambahan dan kalsium yang baik untuk tulang. Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat sesuai untuk anda yang memerlukan banyak tenaga ketika bekerja. 

HARUS PERHATIKAN:
Sesetengah kraker mengandungi sodium dan gula yang tinggi. Jadi, pilihlah plain cracker yang diperbuat dari gandum, mengandungi serat dan vitamin B. Sapukan kraker dengan mentega kacang, celupkan dengan susu atau yogurt rendah lemak. Setiap 4 keping kraker masin (23g)  mengandungi 103kcal dan 3g lemak.






Leave a Reply

Labels