Monday, 23 April 2012

Anatomi Perempuan

0 comments



Anatomi Perempuan
Anatomi bagi sistem pembiakan seseorang wanita mengandungi 2 bahagian, iaitu organ diluar kelamin wanita dan organ didalam kelamin wanita. Organ diluar kelamin wanita termasuklah mon pubis (bahagian yang diliputi bulu pada organ kelamin), labia majora (bahagian bibir kelamin yang lebih besar), labia minora (bahagian bibir kelamin yang lebih kecil), clitoris, bahagian pembukaan salur kencing dan bahagian pembukaan faraj. Organ didalam kelamin wanita pula termsasuklah faraj, cervik (pangkal rahim), rahim, tiub fallopian dan ovari.
Faraj seseorang wanita adalah organ yang membenarkan pengeluaran darah kitaran haid, membenarkan organ kemaluan lelaki dan sperma untuk masuk semasa bersetubuh serta tempat pengeluaran bayi semasa proses bersalin. Panjang faraj adalah 10 cm dan kelebarannya adalah 7.5 cm dengan cervik terletak di atas bahagian faraj.
Cervik atau lebih dikenali sebagai pangkal rahim adalah bahagian asas kepada rahim. Cervik adalah laluan kepada pertemuan sperma dan telur, laluan yang membenarkan pengeluaran darah semasa kitaran haid berlaku dan juga tempat laluan pengeluaran bayi semasa proses bersalin. Rahim mempunyai panjang sekitar 7.5 cm, lebarnya ialah 5cm dan kedalamannya sekitar 2.5cm. Fungsi rahim adalah sebagai tempat perkembangan bayi semasa dalam proses kehamilan. Rahim juga menyokong pundi kencing dan bahagian usus. Pundi kencing terletak dihadapan rahim dan usus terletak disebelahnya. Dibahagian lapisan dalam rahim iaitu endometrium, akan meluruh pada setiap bulan sebagai darah haid jika tiada persenyawaan berlaku. 
Tiub fallopio, juga turut dikenali sebagai salur tiub uterin atau salur ovari, terdapat dua tiub yang sangat halus yang diliputi dengan silia (rerambut halus), bermula dari rahim ke ovari. Dibahagian akhir tiub yang terletak di sebelah ovari membentuk struktur seperti jejari yang dinamakan fimbriae. Semasa proses ovulasi, fimbriae akan menangkap telur untuk masuk ke tiub fallopio selepas ia dilepaskan dari ovari. Gelombang pergerakan yang dikenekan oleh silia di dalam tiub fallopio akan menggerakkan telur tersebut ke rongga uterin melalui tiub. Setiap tiub mempunyai panjang kira-kira 9 cm. Ia adalah laluan kepada telur untuk bergerak kearah sperma lelaki yang mana dilepaskan oleh organ pembiakan lelaki.
Ovari adalah organ yang meghasilkan telur untuk wanita, selalu dijumpai di kedua-dua tempat berhampiran fimbriae. Berbentuk bujur dan ukurannya adalah 3cm x 1.5cm x 1.5cm. Selalunya setiap ovari bergilir-gilir menjadi tempat melepaskan telur pada setiap bulan. Walaubagaimanapun, jika ada sesetengah kes dimana salah satu ovari tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya, ovari yang satu lagi akan menjalankan tugasnya untuk meneruskan menghasilkan telur pada setiap bulan.

Leave a Reply

Labels