Monday, 23 April 2012

Fisiologi Perempuan

0 comments



Fisiologi Perempuan
Setiap wanita mempunyai kitar haid yang mana berlaku dari akil baligh sehingga menopause kecuali semasa hamil. Walaupun setiap wanita mempunyai kitaran yang berbeza tetapi kitaran umum bagi setiap wanita adalah 28 hari. Hari pertama kitaran haid adalah hari pertama datangnya haid.
Kitaran haid mengandungi 3 fasa, fasa haid, fasa pembiakan , fasa perembesan. Kitar tersebut mengawal 4 hormon, iaitu follicle stimulating hormone (FSH), luteinizing hormone (LH), estrogen dan progesterone. FSH dan LH adalah dihasilkan di kelenjar pituitari hadapan. Manakala estrogen dan progesterone masing-masing dihasilkan oleh folikel dan corpus luteum.
Fasa pembiakan diikuti dengan kitar haid dan diakhiri dengan ovulasi (telur dilepaskan dari ovari). Semasa ini, telur yang akan dirangsang untuk membesar oleh FSH dan estrogen. Bagaimanapun, hanya telur yang dominan sahaja akan mencapai tahap matang. Apabila paras LH melebihi aras yang ditetapkan, ovulasi akan berlaku. Selalunya ia akan berlaku pada hari ke -14 dalam 28 hari. Dalam masa yang sama, endometrium (lapisan di dalam uterus) akan menebal dan membesar untuk bersedia menerima embryo jika persenyawaan berlaku. Pembesaran dan perkembangan kepada kedua-dua telur dan endometrium dirangsang oleh estrogen yang mana dihasilkan olen folikel.
Jika tiada persenyawaan berlaku semasa ovulasi, folikel yang kosong (telur yang dilepaskan kepada tiub fallopio semasa ovulasi) akan menjadi corpus luteum. Semasa ini, fasa pembiakan akan bertukar menjadi fasa perembesan yang mana akan berakhir untuk 14 hari sehingga kitar haid yang seterusnya. Corpus luteum tidak lagi menghasilkan estrogen, tetapi menghasilkan progesterone yang mana telah menghasilkan penebalan endometrium dengan lebih banyak kelenjar dan kelihatan berongga-rongga.
Kejatuhan paras estrogen disebabkan oleh pengecutan corpus luteum dan penurunan progesterone. Seterusnya, endometrium tidak boleh mengekalkan. Ia akan luruh dan darah kan keluar dari faraj kembali.

Leave a Reply

Labels