Bersalin spontan melalui vagina
| 1. |
Doktor akan menganggar saiz bayi
dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa
bersalin.
|
| 2. |
Semasa proses kelahiran, bukaan
atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan
bayi boleh melaluinya.
|
| 3. |
Vagina dan bukaannya juga akan
meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.
|
| 4. |
Apabila bayi mula memasuki vagina,
otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.
|
| 5. |
Labia dan perineum (kawasan di
antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap
regangan yang maksima.
|
| 6. |
Anda akan merasa kulit anda
seperti terbakar.
|
| 7. |
Sekiranya perlu, doktor anda akan
melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya
di sebelah kanan).
|
| 8. |
Apabila bayi anda keluar, anda
akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti
meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair
amnion dan mukus.
|
| 9. |
Setelah selesai, anda akan disuruh
untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.
|
| 10. |
Tali pusat bayi seterusnya akan
dikepit kemudian digunting.
|
| 11. |
Plasenta akan keluar secara
spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda
mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu
mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh
meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.
|
| 12. |
Doktor akan memastikan plasenta
dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal,
doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk
mengeluarkan bahagian yang tertinggal.
|































