Monday, 23 April 2012

Prosedur & Risiko Amniosentesis

0 comments




Apakah prosedur yang perlu dilalui?

1.
Peringkat pertama doktor akan akan mengenalpasti keadaan bayi dalam kandungan dan kedudukannya menggunakan imbasan bunyi (ultrasound).
2.
Kedua, bahagian perut anda akan dibersihkan meggunakan larutan alkohol.
3.
Ubat bius akan disuntik pada bahagian perut anda. Bagaimanapun, kebanyakkan orang tidak mahu disuntik dengan dua jarum kerana kadangkala suntikan ubat bius adalah lebih menyakitkan dari prosedur amniosentesis.
4.
Selepas itu doktor akan memasukkan jarum yang panjang dan halus kedalam abdomen dan terus ke rahim. Sedikit cecair amniotic akan diambil kira-kira 20 ml akan disuntik. Bayi dalam kandungan akan menghasilkan lebih bayak cecair amniotik tersebut untuk menggantikan cecair amniotic yang telah dikeluarkan serta merta dalam masa 24 jam.
Anda akan merasakan sedikit tegang dan tekanan semasa prosedur dilakukan, anda juga kadangkala akan merasa tidak selesa. Selalunya keputusan akan diperolehi selepas 2 minggu.
Selepas prosedur, anda perlu berehat untuk sepanjang hari. Elakkan mengangkat barang berat, bersetubuh dan melancong dalam masa 3 hari. Mungkin anda merasakan bahagian abdomen anda sedikit tegang sepanjang hari atau hari berikutnya. Jika anda merasa sebarang ketegangan yang luar biasa, pendarahan pada faraj atau merasa ada cecair amniotik yang keluar, sila berjumpa doktor anda secepat mungkin.

Risiko keguguran dari amniosentesis
Ia dianggarkan antara 1 dalam 200 atau 1 dalam 400, tiada kadar sebenar yang dilaporkan tentang mendapat keguguran berikutan melakukan prosedur amniosentesis. Kemungkinan besar keguguran adalah lebih berdasarkan tentang pengalaman dan kemahiran doktor yang melakukan prosedur tersebut.

Leave a Reply

Labels