Cerclage Serviks
Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas
wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks
tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk
dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum
kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra
matang. Peratus kejayaan adalah 90%.
Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan
berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita
mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan
sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan
selepas kandungan berusia 24 minggu.
Siapa memerlukan
cerclage?
Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran
pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks
tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan
dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan
bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya
anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk
melakukan cerclage.
| 1. |
Serviks memendek atau terbuka
terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran
pramatang.
|
| 2. |
Bentuk uterus yang tidak sempurna
atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
|
| 3. |
Keguguran pada
penggal ketiga kandungan.
|