Apa yang berlaku semasa prosedur?
| 1. |
Sebelum
prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina
untuk mengukur bukaan serviks anda.
|
| 2. |
Anda
dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air
atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
|
| 3. |
Berpuasa 6 jam
sebelum prosedur dijalankan.
|
| 4. |
Sebelum
prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau
bius keseluruhan.
|
| 5. |
Doktor akan
menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
|
| 6. |
Jahitan
dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks
tertutup rapat. (lihat video dibawah)
|
| 1. |
Anda perlu
berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau
tanda-tanda kelahiran pramatang.
|
| 2. |
Anda akan
diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
|
| 3. |
Anda akan
mengalami sedikit pendarahan dan kekejangan sejurus selepas
prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
|
| 4. |
Anda
dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang
lasak beberapa hari selepas prosedur.
|
| 5. |
Jangan
melakukan persetubuhan selepas prosedur.
|
| 6. |
Jahitan biasanya akan dikeluarkan
pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama
seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan
mengalami sedikit pendarahan.
|
| 7. |
Kelahiran akan berlaku sejurus
selepas itu.
|
| 1. |
Sakit
dibahagian perut yang datang dan pergi.
|
| 2. | Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul. |
| 3. |
Demam.
|
| 4. | Loya atau muntah. |
| 5. | Air ketuban pecah. |
| 1. |
Jangkitan
sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
|
| 2. |
Stenosis
serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
|
| 3. |
Kecederaan serviks
yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini
akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
|
| 4. |
Air ketuban
pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.
|































