Monday, 23 April 2012

Imbasan Kehamilan : Imbasan Penggal Kedua

0 comments



Imbasan penggal Kedua
Ia juga dikenali sebagai Imbasan ketaknormalan fetus atau imbasan terperinci atau imbasan minggu ke-20.

Imbasan Ketaknormalan Fetus juga dikenali sebagai imbasan terperinci, imbasan minggu ke-20 dan imbasan pertengahan kehamilan .
Tujuan untuk menjalankan imbasan ini ialah untuk mengetahui anatomi bayi dengan lebih lanjut, mengesan ketaknormalan perkembangan dan struktur fetus, dan untuk menentukan kedudukan plasenta. Imbasan ini boleh mengesan sebanyak 80% bayi yang mengalami ketaknormalan fizikal serius seperti spina bifida atau lubang pada jantung. Masa paling sesuai menjalankan imbasan adalah ketika kandungan berusia 18-20 minggu kerana anggota badan bayi tidak terlalu padat maka lebih mudah dilihat. Imbasan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Leave a Reply

Labels