Monday, 23 April 2012

Imbasan Kehamilan : Imbasan Penggal Pertama

0 comments




















Imbasan penggal pertama
Ia juga dikenali sebagai imbasan penilaian awal kehamilan atau imbasan awal kehamilan.
Sebab utama penilaian dilakukan adalah:
  • Untuk menilai sama ada bayi masih bernyawa. Sekiranya anda boleh melihat jantung bayi, ini bermakna bayi masih bernyawa.
  • Untuk menentukan usia kehamilan. Ini dilakukan dengan mengukur panjang dari kepala ke punggung dan dengan menggunakan carta panduan, usia kehamilan boleh ditentukan.
  • Untuk menilai perkembangan pertumbuhan bayi.
  • Untuk menilai ketaknormalan seperti fibroid dan sista yang berlaku semasa tempoh kandungan.
  • Untuk mengesahkan kehamilan setelah ujian kehamilan menggunakan air kencing. Setelah 1 minggu kelewatan haid anda sudah boleh melihat kantung kehamilan.
  • Berlaku pendarahan yang tidak diketahui sebabnya di awal kehamilan.
  • Sakit di bahagian pelvik pada awal kehamilan. Tanpa ujian ultrabunyi doktor akan mengalami kesukaran untuk menentukan punca kesakitan sama ada disebabkan oleh sista ovari, fibroid atau keguguran.
  • Rasa loya dan muntah yang teruk.
  • Kemungkinan keguguran atau kandungan ektopik di awal kehamilan. Kehamilan ektopik boleh membahayakan nyawa. Imbasan ultrabunyi boleh mengesannya dengan kehadiran cecair di pelvik dan ketiadaan kandungan di uterus.
  • Untuk mengesan kembar atau kandungan berganda.
Imej ini menunjukkan kandungan berganda

Leave a Reply

Labels