Monday, 23 April 2012

Tablet Kalis Air: Pantech Element

0 comments





Kini muncul satu lagi tablet terbaru dengan teknologi kalis air, yang bestnya ia kalis air hingga kedalaman sejauh 9 meter! Kalah Fujitsu Arrow iaitu tablet kalis air pertama diperkenalkan kepada pengguna, lagipun Fujitsu Arrow cuma kalis air sampai kedalaman 1.5 meter saja.

Tablet terbaru itu adalah Pantech Element, harga jualannya di Malaysia ialah RM950, harganya di Amerika adalah $299.99, tablet kecil ini dipasang dengan sistem operasi Android 4 Ice Cream Sandwich, cip pemprosesnya Qualcomm Snapdragon Dual Core dengan kepantasan 1.4 ghz, RAM sebanyak 1GB, dilengkapai capaian internet pantas 4G LTE, port HDMI, kamera 5 megapiksel di bahagian belakang serta resolusi skrin sebanyak 1080 piksel untuk tontonan video, melayari internet, menaip dan kerja perkomputeran ringan.

Jika anda menjumpainya di mana-mana kedai komputer di Malaysia, Anda perlu tahu biasanya Pantech Element dipasang dari kilang dengan Android 3.2 Honeycomb, usah risau kerana Anda boleh upgrade tablet ini ke Android 4 Ice Cream Sandwich bila-bila masa tanpa mendatangkan masalah compatibility pada sistem hardwarenya.

Leave a Reply

Labels