Monday, 23 April 2012
Mouse unik lagi futuristik: BMW Level 10 M
Siapa kata BMW cuma ada kereta? BMW pun ada wireless mouse! Perkenalkan BMW Level 10 M,
optical mouse wireless untuk gaming didatangkan dengan reka bentuk
futuristik. Ciri itu terserlah jelas pada kerangka luar mouse ini
apabila BMW tidak menciptanya sama seperti yang lain sebaliknya
mengambil pendirian untuk menampilkan Level 10M dengan imej minimalis
serta tembus pandang, ia dicipta dengan kerjasama antara Thermaltake
dengan BMW DesignWorks USA. Mereka sudah boleh menyaingi Logitech dengan
mouse optik G300 juga satu lagi wireless gaming mousenya iaitu Performance Mouse M950.
Part yang ada pada mouse ni cuma yang perlu saja seperti palm rest
dengan pemegang bergetah, optical track menemapatkan laser dan dua
butang di bahagian hadapan untuk klik kanan dan klik kiri. Apabila di
gunakan dalam cahaya gelap, warna merah yang terhasil dari pemancar
optik di bahagian bawah kelihatan menyerlah. Biasanya bermain games
komputer dalam keadaan gelap lebih mengujakan, apabila Anda menggunakan
wireless ini, pasti gamers lain tertarik nak melihatkanya dengan lebih
dekat lagi, membuat Anda bangga!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































