Wednesday, 9 May 2012
Hanya Demi
Selepas tujuh bulan membuat pengumuman bercerai dengan suaminya,
Ashton Kutcher, Demi Moore baru-baru ini seperti sudah benar-benar mahu
membuang Kutcher daripada kehidupannya.
Sebagai bukti, selepas tiga bulan 'berhenti' daripada dunia Twitter,
dia kini kembali aktif. Dia sebaliknya tidak kembali aktif dengan akaun
lama miliknya iaitu @mrskutcher, sebaliknya, Moore telah kembali dengan
nama akaun baharu iaitu @justdemi.
"Susah juga untuk mencari nama yang lucu dan masih tidak digunakan
orang. Akhirnya saya menemui nama ini, @justdemi," tulis Moore dalam
akaun Twitternya.
Aktres berusia 49 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada
peminat-peminatnya yang telah memberi cadangan terhadap nama baharunya
itu.
Moore mempunyai seramai 4.9 juta pengikut di Twitter.
Sebelum ini dia pernah menulis di Twitter miliknya bahawa menukar
nama akaun tidak menjadi keutamaannya, namun kini hal itu telah berubah.
Untuk kembali aktif, dia selesa menggunakan nama akaun yang memberi
gambaran untuk dirinya seorang. -kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































