Friday, 25 May 2012
MALAIKAT MEMULIAKAN ORANG YANG BERSELAWAT
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca
selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan
aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku
sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah
S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke
atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan
jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah
S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan
melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































