|
|
|
PIERRE dan Yana sekali lagi akan berlakon sama dalam filem romantik yang berjudul Strawberry Cinta.
|
Wednesday, 9 May 2012
Profesional Yana - Pierre
PERNAH menjalinkan hubungan cinta selama lebih tiga tahun, keserasian
Yana Samsuddin dan Pierre Andre kelihatan sangat secocok ketika
digandingkan semula dalam filem 3 Temujanji. Namun, Yana dan Pierre mengakui bahawa pada mulanya, mereka agak kekok ketika ingin 'bercinta' semula dalam filem tersebut.
Bagaimanapun, sebagai seorang aktor dan aktres, mereka memilih untuk
bersikap profesional dan mengetepikan kisah peribadi untuk memberikan
yang terbaik terhadap lakonan masing-masing.
"Sewaktu kami berlakon filem ini, saya dan Yana telah setahun tidak
berjumpa atau berlakon bersama. Jadi, bila jumpa semula, tidak dinafikan
memang kami berdua terasa kekok dan memikirkan bagaimana untuk tidak
kelihatan kekok dalam filem.
"Akhirnya kami mengambil jalan untuk bersikap profesional. Kami
banyak berbincang mengenai watak dan karakter dalam filem ini. Mungkin
juga dengan mengingati semula masa gembira kami dulu telah membuatkan
keserasian itu timbul semula," ujar Pierre mengenai 'penyatuan' semula
dia dan bekas kekasihnya itu.
Dalam nada bersahaja dan bergurau, Pierre atau nama sebenarnya Mohd
Pierre Andre Nazarul Andre menambah, jika tiada keserasian, maka tidak
bercintalah mereka sebelum ini. Katanya juga, keserasian itu telah ada
sejak dulu, namun perlu dicari semula kerana ia telah lama hilang
selepas mereka putus cinta.
Begitu jua pengakuan yang dibuat oleh Yana atau nama sebenarnya,
Norliana Samsudin ketika ditebak persoalan yang sama dengan bekas
kekasihnya itu. Kekok merupakan perkara pertama yang berlegar dalam
mindanya ketika ditawarkan berlakon dalam filem tersebut.
"Walaupun dahulu kami pernah mempunyai hubungan istimewa, tapi
selepas itu masing-masing tidak bertegur atau berlakon bersama selama
setahun. Kemudian, secara tiba-tiba digandingkan dalam satu filem dan
sebagai pasangan kekasih. Semestinya perasaan begitu (kekok) timbul.
"Tapi, Alhamdulillah, dia sangat membantu. Semasa kami melakukan sesi
lampas otak, dia juga banyak bercerita serta semasa penggambaran pula,
kami banyak berbincang bersama untuk hilangkan rasa kekok itu," tutur
aktres tersebut.
Tambah wanita berusia 27 tahun ini lagi, sebagai seorang pelakon,
bersikap profesional walaupun mereka pernah mempunyai masa silam yang
barangkali masih melekat dalam hati adalah bonus buat mereka untuk
menjadi anak seni yang baik.
Doa Pierre
"Tiada masalah berlakon dengan dia kerana saya rasa bergandingan
bersama Yana adalah gandingan paling senang berbanding pelakon yang
lain," itu kata-kata jujur yang keluar dari mulut jejaka berusia 27
tahun ini mengenai Yana.
Selain itu, Pierre juga tidak teragak-agak membuat pengakuan bahawa
dia masih menyayangi Yana. Akan tetapi, perasaan sayang itu bukan
seperti sayang buat kekasih, namun Pierre kini menganggap Yana seperti
keluarganya sendiri.
"Saya memang mahu yang terbaik buat dirinya dan semoga dia berbahagia
tidak kira dalam perhubungan, masa depan mahupun karier," jelas Pierre
tidak menyembunyikan perasaannya.
Yana tidak kisah
Keserasian merupakan sesuatu yang amat penting agar watak yang
dilakonkan berjaya menambat hati penonton yang menonton. Bagi Yana,
hubungan istimewa dia dan Pierre dianggap sebagai satu kelebihan kerana
melalui pengalaman tersebut, ramai yang memuji keserasian mereka.
YANA mengaku rezekinya sebagai pelakon semakin murah. Tahun ini, dia bakal muncul dengan tujuh buah filem.
"Ramai juga yang bercakap memang keserasian saya dengan Pierre dalam 3 Temujanji
itu jelas kelihatan. Namun, saya juga mendapat respons yang baik
daripada orang ramai tentang keserasian saya dan Sam dalam filem Bini-biniku Gangster," beritahu Yana mengenai keserasian bersama pelakon yang pernah menjadi heronya.
Selepas ini, Yana dan Pierre akan kembali 'berjodoh' untuk dua buah
naskhah lagi. Ia termasuk sebuah filem romantik yang berjudul Strawberry Cinta, yang mana Yana menjadi seorang wanita Korea dan Pierre pula sebagai pemandu pelancong.-kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































