Monday, 25 June 2012

Artis Berhimpun Lindungi Hak

0 comments

KUALA LUMPUR – Para artis dan karyawan seni tanah air akan berhimpun di sini pada majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 bagi meningkatkan pemahaman mengenai hak-hak mereka dalam industri seni negara.

Pada majlis itu, para pelakon, penyanyi, pelawak, anggota band tempatan serta aktivis seni akan diberi taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 yang akan membela nasib mereka.

Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang memberitahu, taklimat tersebut akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Korporat MyIPO, Mohd. Shahar Osman pada perhimpunan artis yang diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini.

“Pada taklimat itu, Mohd. Shahar akan memberikan penerangan berkaitan aspek kutipan royalti, Tribunal Hak Cipta, sistem pendaftaran secara sukarela karya hak cipta dan badan pendaftaran pelesenan untuk kutipan royalti,” katanya di sini semalam.

Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang bertemakan Pertahankan Hak Kotakan Janji itu dianjur secara bersama antara MyIPO dengan Kosmo! selaku media rasmi.

Yusman menjelaskan, selepas selesai taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 itu, wakil-wakil daripada industri hiburan tanah air akan diberi peluang untuk memberikan respons berhubung akta tersebut. -Kosmo



Leave a Reply

Labels