Monday, 25 June 2012
Madonna Hapus DNA Sendiri
RATU penghapus asid deoksiribonukleik (DNA)! Mungkin itu gelaran terbaharu yang boleh dilabelkan terhadap Madonna.
Bintang tersohor itu sememangnya diketahui umum terkenal dengan lagak
seorang diva, terutama dalam menetapkan syarat-syarat dan menyenaraikan
benda-benda tertentu yang diinginkan setiap kali muncul dalam
persembahan konsertnya.
Namun, Madonna mungkin satu-satunya selebriti yang bersikap ekstra
diva apabila satu kumpulan pensterilan telah ditubuhkan khusus untuk
membersihkan sebarang DNA dirinya yang terdapat dalam bilik khas tempat
dia bersolek dan berehat di belakang pentas MDNA World Tour.
Ikon berusia 53 tahun itu juga menegaskan kepada pihak penganjur
konsert jelajah terbaharunya itu bahawa hanya orang-orang tertentu yang
disenaraikan oleh dirinya dibenarkan memasuki kawasan belakang pentas
yang menempatkan bilik khas itu.
Promoter konsert jelajah itu, Álvaro Ramos yang menguruskan konsert
jelajah Madonna di Portugal mendedahkan kepada akhbar The Mirror: "Kami
dikehendaki menghapuskan segala bentuk DNA Madonna yang terdapat dalam
bilik khas di belakang pentas konsertnya itu.
"Kami sendiri tidak dibenarkan masuk ke situ kecuali selepas Madonna
keluar dari bilik itu sehinggalah segala DNA dirinya di situ telah
dibersihkan. Malah, kami dilarang sama sekali menyentuh bilik tersebut
jika proses pembersihan DNAnya itu belum selesai."
Tambahnya: "Kami hanya dibenarkan masuk ke bilik tersebut selepas
segala DNA Madonna di situ telah dihapuskan yang termasuklah helaian
rambutnya. Saya faham ia dilakukan untuk menjaga hak peribadinya tetapi
bagi saya, ia sangat melampau."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































