Thursday, 28 June 2012
Bersyukurlah.......
1.
untuk suami/isteri
yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana
beliau tidur di sisi kita bukan dengan
orang lain.
2.
untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci
pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan
di jalanan berpeleseran.
3.
untuk cukai
pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita
masih mempunyai pekerjaan.
4.
untuk pakaian kita
yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup
makan.
5.
untuk lantai yang
perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah
yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai
tempat tinggal.
6.
untuk bunyi bising
jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi
boleh mendengar.
7.
untuk timbunan
pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk
dipakai.
8.
untuk
keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk
kerja kuat.
9.
untuk tempat letak
kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna
kita masih berupaya untuk berjalan.
10.
untuk jam loceng
yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna
kita masih hidup untuk meneruskan hari
tersebut.
Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































