Wednesday, 27 June 2012

Perihal Sembelit

0 comments





Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna (complete). Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaannya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.

Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.
Siapa yang boleh ter’kena’ sembelit?

Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada orang yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? Mari kita memahaminya lagi.
Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.
Sembelit adalah masalah sistem penghadalam yang biasa. Tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.
Sebab-sebab kenapa anda pernah kena sembelit?

·                     Diet rendah fiber.
·                     Kekurangan bendalir dalam badan.
·                     Corak permakanan yang berubah.
·                     Ubat-ubatan.
·                     Kekurangan senaman.
·                     Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
·                     Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil
sepanjang masa)
·                     Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri.
·                     Penyalahgunaan ubat julap.

Rawatan kendiri
Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di Farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.
1.                     Diet

·                     Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35
grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis
di samping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat
mengembalikannya kepada normal.

·                     Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, bijirin,
oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber ini perlu
berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan
kentut.
·                     Paling penting. Pengambilan fiber ni kena dengan minum air yang
banyak.

2.         Ubah cara hidup.
·                     Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.

3.         Senaman
·                     Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.

4.         Ubat-ubatan
·                     Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara di atas tetapi tiada perubahan.

·                     Julap (laxative) digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.

Leave a Reply

Labels