Penyakit Kelamin dan Kesukaran Hamil
Penyakit Kelamin atau Sexually Transmitted Diseases (STD) adalah
jangkitan yang berpunca dari hubungan seks. Ia boleh menyebabkan
kesakitan pada perut ari-ari , sakit semasa seks, gatal faraj dan
sebagainya. Sesetengah STD sangat serius dan boleh membahayakan nyawa.
Kebanyakkan STD berlaku pada kalangan wanita muda iaitu 20-30 tahun.
Bagaimana ia berjangkit
Ia berjangkit melalui hubungan seks ataupun melalui cecair badan. Contoh-contoh transmisi jangkitan termasuk:
- Seks melalui faraj
- Seks melalui oral
- Bersentuh dengan cecair yang mengandungi kuman pada kulit luka
- Bersentuh dengan air mani, darah atau air kencing
- Mengunakan jarum dadah yang sama
Jenis-jenis STD
Terdapat
beberapa jenis STD. Tanda-tandanya adalah berbeza-beza bergantung pada
jenis jangkitan yang anda dapat. Jenis-jenis STD yang kerap terjadi
termasuklah:
- Chlamydia
- Gonorrhea
- Syphillis
- HIV/AIDS
- Herpes
- Genital warts
- Trichomoniasis
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- Kutu pubis