Tuesday, 26 June 2012

STD dan ketidaksuburan

0 comments

 

STD dan ketidaksuburan

Sesetengah STD mempunyai kesan yand serius terhadap sistem peranakan anda sekiranya ia tidak dirawat. Malangnya,disebabkan oleh tanda-tanda yang tidak jelas, ramai pesakit tidak mendapat rawatan pada waktu yang sepatutnya. Ini menyebabkan ramai yang mengalami masalah ketidaksuburan.
Kebanyakkan dari kaum lelaki yang mengalami STD mengalami tanda-tanda yang jelas sebaik sahaja mereka diserang STD dan mendapatkan rawatan tepat pada masanya. Walaubagaimanapun bagi mereka yang tidak menyedari, ia akan menyebabkan jangkitan pada bahagian testis dan seterusnya menyebabkan penyumbatan berlaku pada salur testis seterusnya ketidaksuburan.
Wanita pula tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas menyebabkan mereka lambat untuk mendapat rawatan. Jangkitan kuman boleh merebak kedalam sistem peranakan dan apabila salur fallopia tersumbat, infertili tidak dapat dielakkan.

Mencegah STD

Amat penting bagi wanita mengetahui cara terbaik untuk mencegah dari terkena jangkitan STD ini. Sila guna tip-tip :
  • Selalulah mengunakkan perlindungan seperti kondom setiap kali hubungan seks
  • Dapat ujian untuk jangkitan STD secara regular
  • Bertanyalah dengan pasangan anda sekiranya dia pernah mengalami masalah STD sebelumnya atau tentang sejarah seks beliau



Leave a Reply

Labels