Thursday, 28 June 2012
Raja Azmi Sah diceraikan Dengan Talak Satu
Skandal dan kontroversi tidak lekang dalam hidup penerbit filem, Raja
Azmi Raja Sulaiman dan semalam, dia sah diceraikan dengan talak satu
oleh bekas jaguh badminton negara, Mohd. Jalani Mohd. Sidek di Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Air mata Raja Azmi, 53, mengiringi lafaz talak yang dibuat oleh
Jalani, 49, pada pukul 3.30 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli
Jamaludin selain turut disaksikan anak kedua pasangan itu, Puteri
Suaida, 23, yang berada di galeri awam.
Terdahulu, Raja Azmi sambil mengesat air mata mencium tangan
suaminya untuk memohon maaf dan mereka berpelukan atas permintaan hakim
yang mahukan mereka berbuat demikian sebelum lafaz dibuat.
Shaiful Azli yang menerima dan mengesahkan lafaz tersebut kemudian
turut memerintahkan Raja Azmi beredah selama tempoh tiga bulan serta
mendaftarkan perceraian itu di pejabat agama.
Perceraian itu atas permintaan Raja Azmi sendiri selaku plaintif
yang difailkan kelmarin menerusi peguam syarie, Roslizam Rahim mengikut
Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993.
Pada prosiding semalam, Jalani yang kelihatan tenang bersetuju
dengan permohonan cerai oleh Raja Azmi tanpa sebarang tuntutan dan
syarat. -Kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































