Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada
mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan
iaitu:
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu
membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan
hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun
disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak
membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit
tidak ada faedah padanya.
2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-
ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak
daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun
suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka
membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliannya.
.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau
dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun!
Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali
bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)
p/s : ISTERI ialah anugerah/hadiah/pemberian kepada seorang suami , andai ditakdirkan
mendapat isteri seperti ini haruslah mendidik dan melenturnya dengan sebaik mungkin ..
peranan sebagai seorang suami sangat berpengaruh .. bertegaslah dalam memikul
tanggungjawab dan amanah dari Allah ^_^
































