Tuesday, 16 April 2013

TOP 20 FICTION BESTSELLERS @ MPH BOOKSTORES

0 comments


Anda pencinta novel?

Masih keliru untuk menambah koleksi sedia ada? Disini saya bawakan Carta 'Top 20 Bestseller @ MPH ' untuk tatapan dan panduan anda . Selamat membaca ! :)



Updated: For week ending 14th April 2013


1



Takdir Itu Milik Aku
Author : Siti Rosmizah
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading...
 
List price : RM 33.90

2
Aku Bercerita
Author : Ramlee Awang Murshid
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejalawriter's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat...
 
List price : RM 25.00



3

Gaduh-gaduh Sayang
Author : Immaz Huda
"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas...
 
List price : RM 24.00

4

Abah, Adik Nak Kahwin! 
Author : Aireen Erina
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana....
 
List price : RM 23.00

5

Cinta Hujan Panas 
Author : Emma Maizura
MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang...
 
List price : RM 22.00
Usual Local Delivery: 3 to 5 business days
6

Cinta High Class
Author : Fatimah Syarha; Dr Farhan Hadi

Qani'ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati...
 
List price : RM 22.00

7

Bidadari Salju
Author : Mia Kiff
Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam...
 
List price : RM 36.90

8

Amir Minah Macho
Author : Ummu Wafa
SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik...
 
List price : RM 19.90

9

Manisnya Cinta: Akhirnya Kita Lafazkan Jua Melalui Suara Hati
Author : Anis Ayuni
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa...
 
List price : RM 17.00

10

Dia Hanya Untukku 
Author : Rozita Abd. Wahab
Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai...
 
List price : RM 23.00

11

Lafazkan Kalimah Cintamu
Author : Siti Rosmizah
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka...
 
List price : RM 26.90

12

Akhir Sebuah Cinta: Hadirnya Dirimu... Kubagaikan Ingin Bernafas Seribu Tahun Lagi
Author : Siti Nur Dhuha
Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia...
 
List price : RM 19.90

13

Adam dan Hawa: tak Usah Diucap, tak Usah Dilafaz, Aku Dah Mengerti Bahasa Cintamu
Author : Aisya Sofea

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang...
 
List price : RM 19.90

14

7 Hari Mencintaiku
Author : Siti Rosmizah
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk...
 
List price : RM 32.90

15

Jangan Baca Novel Ini
Author : Ismi Fa Ismail
Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang- kadang bosan jugak kan?
Try novel ini.Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga...
 
List price : RM 20.90

16

Asam Pedas Untuk Dia
Author : Nureen Mirza
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam...
 
List price : RM 21.00

17

Mental
Author : Shaz Johar
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra...
 
List price : RM 19.90

18

Murtad
Author : Hasrul Rizwan
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang. Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang...
 
List price : RM 19.90

19

Sepi Tanpa Cinta 
Author : Damya Hanna
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama...
 
List price : RM 18.00

20

Kopi Ladyku 
Author : Ainul Hazrah
Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat...
 
List price : RM 25.00




Sumber : http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

Leave a Reply

Labels