Sunday, 28 April 2013
Fenomena Running Man
Gelombang Running Man di Malaysia
Running Man, sebuah rancangan 'variety show' daripada Korea kini membawa gelombang yang besar kepada peminatnya di Malaysia. Dihoskan oleh Yoo Jae Suk, rancangan ini disertai 6 lagi selebriti ternama Korea iaitu, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Haha, Gary, Suk Jin, dan Gwang Soo. Uniknya rancangan ini kerana ianya tiada skrip dan setiap peserta mempunyai karakter mereka yang sendiri. Daripada Jong Kook yang garang, Ji Hyo yang blur, Haha yang seperti kanak-kanak hinggalah ke Gwang soo yang seakan bodoh tetapi sebenarnya adalah 'the great betrayer'.
Kelainan yang ditampilkan rancangan ini adalah adanya tetamu jemputan pada setiap minggu yang merupakan 'idol', pelakon atau penyanyi terkenal Korea seperti Big Bang, Suzy, Bong Sun di samping setiap 'mission' yang dilakukan pada setiap minggu sentiasa berlainan. Ketujuh-tujuh peserta bersama tetamu jemputan akan bersaing sesama sendiri untuk merebut hadiah yang ditawarkan. Di sinilah kita akan dapat lihat pelbagai aksi spontan yang mencuit hati hingga membuatkan kita ketawa tak kering gusi. Hal ini yang menjadikan rancangan ini menarik dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Kenyataan yang menyatakan Running Man akan datang ke Malaysia pada April lalu disambut baik oleh semua peminatnya. Rata-rata peminat menyatakan rasa tidak sabar mereka dan sudah bersedia untuk menyambut ketibaan artis pujaan mereka. Namun itu semua hanya khabar angin apabila pihak produksi Running Man telah membuat kenyataan bahawa perkara itu hanyalah khabar angin semata-mata. Di sebalik kekecewaan para peminat, mereka tetap menyokong program terbabit dan sentiasa berharap Malaysia akan menjadi destinasi Running Man yang seterusnya selepas Macau, Hong Kong, China, dan Vietnam.
Kini, setelah hampir tiga tahun bersiaran dan sudah mencecah episod yang ke 142, Running Man tetap unggul dan masih tidak membosankan peminatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































