Monday, 29 April 2013
Hairul dan Hanis Sudah Lama Kenal?
Hairul dan Hanis Sudah Kenal Sejak Zaman Sekolah
Ini adalah gosip baru tentang dua artis yang sedang meningkat naik iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Mereka dikhabarkan sedang bercinta dan ini dikuatkan lagi dengan beberapa gambar yang tersebar di Instagram. Benarkah mereka bercinta?
Menurut Hairul di dalam laman web Malaysian Digest, mereka sudah lama saling mengenali sejak dari zaman sekolah lagi. Mereka saling berkenalan di laman web Myspace, namun hubungan tersebut terputus sebelum dipertemukan semula di dalam industri hiburan. Dia juga mengakui mereka kini sedang fokus pada kerjaya dan hubungan mereka menjadilebih rapat adalah kerana sikap suka membantu Hanis.
Hairul juga turut menjelaskan bahawa Hanis bukanlah orang ketiga yang menjadi faktor dia berpisah dengan kekasih lamanya dahulu. Mereka sudah berpisah lebih kurang 6 atau 7 bulan yang lalu, sementara hubungannya dengan Hanis baru sahaja rapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































