Monday, 29 April 2013

Cara Mudah Atasi Bau Badan

0 comments




Pernahkan anda mengalami masalah bau badan? Kebanyakan orang mengalami masalah tersebut cuna yang membezakannya adalah tahap keseriusan masalah yang dihidapi. Bau badan adalah bau yang ditimbulkan disebabkan oleh peluh, dikeluarkan oleh kelenjar peluh yang bercampur dengan bakteria sehingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Jika diikutkan, setiap bahagian badan mengeluarkan bau yang tertentu. Bau yang dihasilkan boleh datang dari organ-organ yang lain termasuklah mulut, liang telinga, kulit kepala dan ketiak.

Berikut merupakan tip-tip dan panduan yang boleh anda ikuti :

- Kebersihan tubuh haruslah dijaga terutama pada daerah berambut.

- Mandi perlu benar-benar bersih. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan lakukan skrub tubuh badan di antara dua atau tiga kali seminggu. Jika perlu, pakailah sabun antiseptik.

- Pemilihan sabun mandi harus diambilkira. Bagi yang mengalami masalah bau badan, gunakanlah sabun antiseptik untuk mencegah bau tersebut. Namun bagi yang mudah terkena alergi (atopik), sebaiknya jangan terlalu sering memakai sabun antiseptik. Adalah lebih baik memakai sabun yang 'natural' sahaja.

- Pemakaian sabun antiseptik perlu dilakukan jika tubuh benar-benar kotor misalnya selepas selesai berkebun atau bermain bola.

- Sehabis mandi taburkan bedak yang bersifat menyerap air (higroskopis) ke seluruh tubuh. Jangan lupa mengoleskan deodoran ke ketiak.

- Gunakan pakaian yang diperbuat daripada bahan yang mudah menyerap peluh dan cucilah pakaian yang telah dipakai (hindari pakaian secara berulang-ulang)

- Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas. Juga hindari makanan tertentu yang menimbulkan bau seperti bawang putih, bawang merah dan petai.

- Jika tubuh berpeluh, segeralah mengelapnya atau tukarlah pakaian lain dengan segera jika perlu.

- Taburkan tawas halus ke ketiak atau bahagian-bahagian yang banyak mengeluarkan peluh.

- Pastikan ketiak anda sentiasa kering. Jika berkesempatan, pergilah ke tandas setiap kali ketiak terasa basah dan lapkan dengan tisu. Setelah itu oleskan dengan bedak anti-peluh atau deodoran. Elakkan mengoles deodoran sewaktu ketiak masih basah/berpeluh.

- Sesekali minum ramuan air daun sirih atau bila perlu mandi dengan air daun sirih kerana air daun sirih mengandungi 'astrigent' yang dapat mengurangkan pengeluaran kelenjar peluh.

- Untuk mencegah berkembang biaknya bakteria, faktor lain pendorong bau badan adalah kegemukan. Jadi berusahalah menurunkan berat badan anda. Ini kerana pada orang yang gemuk, peluh lebih cenderung terperangkap di antara lipatan-lipatan kulit.

- Keadaan jiwa seseorang seperti stres atau emosi juga mempengaruhi kelenjar 'apokrin' untuk bekerja lebih efektif dan produktif, sehingga memburukkan lagi masalah bau badan.

- Hindari pakaian yang berbahan sintesis seperti nilon terutama sewaktu udara panas. Lebih baik pilih yang berbahan 'cotton' kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik.

- Memakai 'sodium bicarbonat' dari 'baking soda' secara langsung di ketiak merupakan cara altenatif semulajadi yang baik. Ia dapat membantu menyerap peluh dan membunuh bakteria penyebab bau badan.

- Jangan menggunakan atau mencampurkan wangian secara berlebihan. Campuran wangian kadang-kala akan menghasilkan aroma yang makin pelik atau busuk. Apalagi jika sudah bercampur dengan peluh anda.

- Cukur bulu ketiak dua atau tiga hari sekali. Bulu ketiak yang lebat menjadi tempat yang menyenangkan bagi perkembangan bakteria. Gunakan krim skrub yang lembut untuk membersihkan ketiak. Gosok lembut dengan gerakan memutar, lalu keringkan secara sempurna.



Leave a Reply

Labels