Tuesday, 30 April 2013
Kesuntukan Masa
Penyebab Kesuntukan Masa
Cuba kita lihat bagaimana kita memperuntukan masa seharian kita, sebenarnya masa sentiasa mencukupi jikalau kita pandai menguruskan masa dengan secara baik.
Bercakap lebih dari membuat kerja, lihat sekeliling kita terutama di tempat kerja tabiat banyak bercakap jadi faktor pertama! Bercakap tidak mengira masa boleh membuat pekerjaan terganggu, malah ia juga boleh menganggu orang lain. Tumpuan terhadap sesuatu kerja boleh terjejas kerana ada saja perkara yang ingin diperkatakan. Jadi, lebihkanlah mendengar dan kurangkanlah bercakap kerana ia dapat membantu anda melakukan sesuatu tugasan dengan lebih produktif! malahan kerja anda tidak terbeban dengan terpaksa melakukan kerja lebih masa.
Kadangkala ada antara anda melakukan kerja dalam satu masa, ini menyebabkan tidak menang tangan dibuatnya dengan kerja yang menimbun! Kalau boleh, semuanya ingin disiapkan dalam satu masa. Perkara sebegini tidak elok diamalkan. Walaupun anda mampu menyiapkan kesemuanya, pasti ada yang tertinggal dan kualiti kerja juga kurang memuaskan. Lakukanlah kerja dengan tenang dan siapkanlah tugasan satu persatu. Amalkan membuat satu kerja dengan lebih sistematik, dan ini akan menyumbang banyak masa untuk kita membuat sesuatu pekerjaan yang lain. Ingat kadang kala apabila membuat kerja dengan tergopoh gapah juga akan mengundang kemarahan bos.
Kadang kala anda terlalu leka melayari internet, menonton televisyen dan bermain video game merupakan perkara yang membuatkan anda leka. Sudah semestinya ia mengambil masa yang lebih lama daripada menyiapkan tugasan. Disiplinkan diri dengan menyiapkan tugasan terlebih dahulu sebelum melayan diri. Utamakan tugasan dan setelah ianya selesai, barulah manjakan diri dengan perkara yang ingin dilakukan. Memang berbaloi! Kurangkan sikap suka melenggah-lenggahkan kerja serta melayari internet ini salah satu penyebab anda mengalami kesuntukan masa.
Pasti ada di kalangan rakan yang tidak memahami situasi anda yang mempunyai banyak kerja. Ada yang ajak berbual, berhibur, makan dan sebagainya. Walaupun banyak tugasan yang perlu disiapkan, namun anda masih mampu mengatakan ya pada mereka! Akhirnya, anda juga yang merana. Kadang kala, sikap selfish atau pentingkan diri sendiri perlu ada dalam diri. Belajarlah untuk mengatakan tidak. Jika anda terlalu mengikutkan kata-kata rakan anda pasti anda sendiri yang rugi kerana masa anda terbuang begitu sahaja, ini menyebabkan kerja anda tertangguh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































