Tuesday, 30 April 2013
Kuning Itu Menawan
Lelaki Menawan dengan Warna Kuning
Mewujudkan mood ceria dan santai kepada golongan jejaka, cuba sesekali anda mencuba pakaian berwarna kuning terutama ketika musim luruh/panas. Kadang kala ada antara jejaka yang tidak menyukai warna kuning, ini bagi mereka kuning terlalu merimaskan terutama apabila musim panas.
Lupakan seketika kemeja formal atau pakaian rona hitam kerana anda sebagai lelaki boleh tampil ceria dengan warna diraja. Hanya suai dan padan baju T warna kuning bersama jaket kulit dan seluar denim, anda sudah boleh mendapatkan fesyen ranggi.
Sementara itu, baju panas warna kuning yang memiliki hud pula serasi dipakai oleh lelaki yang masih bergelar pelajar. Ini memandangkan kebanyakan lelaki ingin tampil ringkas ketika menghadiri kuliah. Jadi sarungkan saja baju T, baju panas dan seluar pilihan. Ingin kelihatan lebih kasual gandingkan bersama beg silang dan kasut sukan.
Pada masa yang sama, anda juga boleh memakai seluar pendek yang berasaskan warna kuning. Bagi mengelakkan rona tersebut terlalu menonjolkan penampilan anda, lembutkan ia dengan baju T dan jaket warna gelap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































