Sunday, 28 April 2013
Kopi Campuran Herba
Kawal pengambilan kopi campuran herba
Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.
Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































