Sunday, 28 April 2013
Lawak Selipar
Kisah Ali dan Selipar
Al-kisah…ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada seorang lelaki yang tak kahwin-kahwin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang ‘slow’ sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya.
Ali ni pergi masjid nak sembahyang Jumaat. Dalam slow-slow dia tu pun, sembahyang dia tak pernah tinggal. Lepas habis sembahyang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah tak ada. Puas dia cari pun tak ada jugak. Apa lagi? Mengamuk la Ali kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pergi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, “Kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!!“
Semua orang yang mendengar tiba-tiba jaditakut. Ye la. Mana tau, dalam slow-slow Ali ni, kang tak pasal-pasal je jadi Incredible Hulk la. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. “Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macam mana yang bapak aku buat tau!!!”
Perlahan-lahan, Abu, orang yang mencuri selipar Ali tu pun, pulangkan balik la selipar dia tu. ” Rilek la bang. Gurau jek”. Kata Abu si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si Abu pencuri tu tersengih lalu terus menyelamatkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. “Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?”
Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu, Ali pun menjawab, “Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi.” Dia pun terus pergi dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































