Tuesday, 30 April 2013
Rokok Pemusnah Diri Anda
Katakan Tidak kepada Rokok
Pastinya ramai, yang sudah mengetahui tabiat merokok bukan sahaja disifatkan sebagai membakar duit malah boleh menjejaskan kesihatan kerana boleh mendedahkan penghisapnya kepada pelbagai penyakit berbahaya, seperti barah paru-paru, sakit jantung, barah pankreas, tekanan darah tinggi , barah tekak dan mulut.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan ,barah paru-paru adalah kanser paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat barah di Malaysia. Berdasarkan laporan itu,kira-kira 95 peratus daripada pesakit barah paru-paru meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas menjalani pemeriksaan dan disahkan menghidap penyakit berbahaya itu.
Sejumlah 90% barah paru-paru disebabkan oleh amalan merokok dan didapati penyakit itu juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok atau perokok pasif.
Barah paru-paru adalah pertumbuhan sel tidak normal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak kebahagian badan yang lain ia dikenali sebagai tumor benigna (bukan tumor). Sebaliknya, jika tumor itu merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limpa, ia adalah tumor malignan (kanser).
Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limpa, ia boleh menyebabkan kelenjar limpa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain, terutama hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































