Tuesday, 30 April 2013

Barah Paru-paru

0 comments



Merokok dan Barah Paru-paru

Merokok adalah penyebab utama barah paru-paru. Asap tembakau mengandungi kira-kira 4,000 jenis kimia yang berlainan. Sekurang-kurangnya 43 dari bahan kimia ini diketahui menyebabkan barah. Ada jua bukti bahawa peningkatan asap tembakau di persekitaran boleh menyebabkan kejadian barah paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok. 


Pekerjaan yang mendedahkan pekerja kepada asbestos dikaitkan dengan pengingkatan risiko barah paru-paru. Jenis pekerjaan yang dikaitkan dengan barah paru-paru meliputi kerja-kerja yang berhubung rapat dengan pemprosesan keluli, nikel, krom dan gas arang batu. 


Apakah simpton barah paru-paru ? 
  • Batuk Berterusan. 
  • Sesak Nafas 
  • Kahak Berdarah 
  • Kurang Berat Badan 
  • Sakit Dada 
  • Suara Garau 


Apakah Kesan Berhenti Merokok dan Barah paru-paru ? 

Langkah pencegahan yang terbaik boleh diambil oleh perokok untuk mengurangkan risiko barah paru-paru ialah dengan berhenti merokok. Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko anda mengalami barah. Lebih lama tempoh anda berhenti merokok, bermakna lebih tinggi pengurangan risiko barah. Sekiranya anda berhenti kerokok sekarang, 15 tahun kemudian risiko barah paru-paru anda adalah sama dengan orang yang tidak merokok.


Bagaimana berhenti Merokok ? 

Tentu anda ada ketikanya memikirkan perlunya berhenti merokok. Mungkin anda pernah cuba tetapi tidak berjaya. Bagaimanapun, jangan putus asa. Kuatkan azam untuk berhenti merokok secara beransur-ansur jika tidak boleh berhenti terus. Sebagai contoh, jika anda merokok 30 batang sehari, berazamlah untuk mengurangkan lima batang seminggu. Jika patuh dengan keazaman anda, tidak mustahil dalam tempoh enam minggu, andak tidak lagi merokok. 





Leave a Reply

Labels