Sunday, 28 April 2013
Tongkat Ali
Tentang Tongkat Ali
Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.
Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (NW8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.
Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakkan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































