Monday, 13 May 2013
8 Petua Mencari Lelaki Yang Baik
Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai
pasangan hidup. Namun begitu, apakah tips-tips untuk memilih atau mencari
lelaki yang baik?
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah
bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang
menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan
dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri, apabila
bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan
sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan
mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak
suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami
ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan
rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana
lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya
membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada
perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas
mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami
akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak
wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak
memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak
pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang
baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































