Monday, 13 May 2013
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
Mungkin pada sepasang matanya
yang bening – yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di pipi. Atau
mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh
melembutkan dan sekaligus menghangatkan perasaan! Sebenarnya sejuta perkataan
belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Seribu gurindam belum lengkap
untuk mengambarkan keistimewaan Hawa.
Segala-galanya tentang tubuh
seorang wanita adalah keindahan. Mata, bibir, hidung telinga, leher, dada,
pinggang, pusat, punggung…… semuanya adalah keindahan.Pendek kata sekujur tubuh
wanita, dari hujung rambut hingga hujung kaki, adalah keindahan. Setiap inci
tubuhnya, termasuk sudut-sudut yang tersembunyi, adalah kecantikan penuh seni.
Sayangnya, kecantikan itu ada
ketika-ketikanya, tidak dilihat dari sudut seni. Tubuh wanita dilihat lebih
sebagai rangsangan untuk memenuhi naluri semulajadi manusia ; seks. Dan sudut-sudut berseni ditubuh
wanita pun tidak dinikmati atau dihayati secara seni, tetapi dieksploitasi
untuk memenuhi dan memuaskan ego lelaki.
Tidak sahaja pada tubuh, apa
sahaja yang dilakukan kaum Hawa adalah keindahan. Langkahnya yang longlai boleh
menggetarkan jiwa lelaki, lenggang dan hayunan punggungnya boleh mendebarkan.
Kenyitan matanya boleh terus menusuk kejantung hati.
Pendek kata, bagi wanita,
kecantikan tubuh adalah segala-galanya. Dan mereka akan mempertahankan
kecantikan itu. Tetapi, sekali lagi sayang, kecantikan itu tidak akan dapat
dipertahankan. Mustahil, Kecantikan itu hanya sementara dan hanya menunggu masa
untuk hilang. Bertapa pun dijaga dan dipelihara, bila tiba masanya, kulit akan
berkedut, bibir akan kecut. Bila tiba masanya, wajah akan suram, mata akan
cengkung.
Benarlah, tidak ada yang kekal
untuk manusia biasa, tidak kira Adam atau Hawa. Kecantikan tubuh pasti akan
hilang ditelan masa, dimakan usia. Hanya satu yang tidak dimakan usia dan kekal
selamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Inilah kecantikan sebenarnya!!!
Sumber : Wanita itu indah,
Megawarti, Nov’06
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































