Andainya wanita tahu.........
Monday, 27 May 2013
Andainya wanita tahu
Andainya wanita tahu.........
Lelaki
juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat
(prihatin)
Jika
seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup
dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai
wanita yang mempunyai banyak persamaan
dengannya
samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan
atau dikongsi bersama.
Kebanyakan
masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh
seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba
menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
Lelaki
memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka
suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata
di tepi pantai atau
swimming
pool.
Kebanyakan
lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali
pertama!
Lelaki
cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati
wanita.
Bila
lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia
berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam
sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan
mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yg nampak
'desperate', datang dari sekolah all boys!
Adalah
biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki
lain.
Lelaki
tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa
perempuan bersikap begitu begini...
Kadang-kadang
lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan
perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa
hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita. Dia
tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa, yang lain hanya kawan..:)
Bila
lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan
lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila
sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati
seorang lelaki,
perempuan
itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya
nanti...
Adalah
memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki
cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu
mengalir dari perempuan
yang
dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki
bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga
normal dan
Mempunyai kelemahan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































