Thursday, 9 May 2013
Apa yang Otak Perlu?
Latihan
Otak mengendalikan darah sebagai pembawa
oksigen dan nutrisi. Jika aliran darah terhalang, maka anda boleh samakan juga
aliran oksigen dan nutrisi turut terhalang. Seterusnya ia menghalang aliran
glukosa ke otak dan menyebabkan otak kekurangan tenaga. Jadi, anda perlukan
olahraga untuk melancarkan kembali aliran darah ke seluruh anggota tubuh
termasuklah otak. Olahraga akan meningkatkan kemampuan anda untuk member
tumpuan. Latihan yang disarankan adalah yang dominan unsur aerobik, latihan berstruktur
serta berpola tertentu seperti berenang, senamrobik, jalan kaki, berbasikal,
yoga atau latihan menari.
Tidur
Tidur yang cukup sangat penting untuk
menjaga kesegaran otak. Orang yang kurang tidur cenderung sukar untuk membeir
tumpuan dan mudah lupa. Meskipun anda tidur, otak anda tidak tidur. Secara
automatic, otak akan melakukan penyegaran, merapikan informasi dan memori.
Jadi, kalau tidak tidur dengan baik, otak akan mendapat kesannya.
Makanan
Makanan juga berpengaruh pada daya kerja
otak. Pakar mengatakan bahawa makanan dapat membentuk kewarasan fikiran,
tenaga, kekuatan memori dan konsentrasi serta keadaann mental. Pada dasarnya,
otak memerlukan makanan yang mengandungi asid amino, asid lemak, esensial dan
gula. Menurut Andrew Weil, ahli perubatan natural dari Amerika Syarikat,
mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3 (seperti ikan atau dari supplemen),
sayur-sayuran, vitamin C, E dan kunyit banyak membantu daya kerja otak ke tahap
yang baik. Tambahnya, kunyit memiliki curcumin yang berfungsi sebagai
anti-radang. Alzheimer dimulai oleh proses pembengkakan di otak. Jadi sebelum
itu terjadi, anda boleh mencegahnya dengan mengamalkan memakan makanan berwarna
kuning.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































