Thursday, 9 May 2013

Kekal Sihat dan Awet Muda

0 comments

Antara makanan tambahan yang perlu diambil untuk mengekalkan kesihatan serta awet muda adalah seperti berikut :



Multivitamin
Multivitamin yang diambil mestilah mengandungi sebanyak mungkin vitamin dan mineral semulajadi kerana kebanyakan sayur-sayuran dan makanan yang kita ambil sudah diproses dan kurang dari segi vitamin dan mineral. Pilihan jenis multivitamin yang mengandungi bahan semulajadi dan bukan sintetik.


Vitamin E
Sumber vitamin E secara semulajadi adalah dari jenis kekacang seperti kacang soya dan juga minyak ikan. Walaubagaimanapun, sumber secara ssemulajadi ini tidak cukup untuk melambatkan proses penuaan. Untuk awet muda, kita perlu mengambil vitamin E antara 100 i.u ke 300 i.u setiap hari. Kita perlu memilih jenis vitamin E dari sumber semulajadi yang mempunyai 8 jenis vitamin E semulajadi. Sumber terbaik adalah dari yang diproses dari minyak kelapa sawit (campuran vitamin E – tocotrienol dan tocopherol). Jangan ambil vitamin E yang sintetik kerana ia diperbuat daripada bahan kimia dan tidak baik untuk tubuh dan bagi jangka masa panjang.


Vitamin C
Kita boleh mengambil vitamin C antara 300 ke 1000mg sehari. Bagi golongan muda jumlah 500 mg sehari sudah mencukupi. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas anda boleh mengambil dua tablet vitamin C setiap satu 500 mg dua kali sehari. Jumlah maksimum yang dinasihatkan untuk awet muda ialah 1000 mg setiap hari. Vitamin C yang semulajadi susah diperolehi tetapi ia adalah yang terbaik. Kebanyakan vitamin C yang terdapat di dalam pasaran diproses daripada bahan sayur-sayuran dan dibuat secara sintetik, vitamin ini juga berkesan dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Untuk memastikan penyerapan vitamin C yang berkesan dalam badan amalkan mengambil vitamin C bersama buah-buahan kerana flavonoid dalam buah-buahan akan membantu penyerapan vitamin C ke dalam tubuh badan.


Vitamin B Kompleks
Kita boleh mengambil vitamin ini apabila badan kita selalu lemah dan kurang bertenaga. Amalkan mengambil vitamin B kompleks dan mineral zink supaya kadar penyerapannya dapat dipertingkatkan. Elak mengambil vitamin B yang berbentuk individu seperti B6 kerana kita mungkin akan mengambil dos yang berlebihan tanpa disedari. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap sistem saraf kita.


Vitamin D
Sumber yang terbaik adalah daripada cahaya matahari yang diserap oleh kulit. Kita perlu mendedahkan kulit kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit setiap hari. Ramai yang menghidapi masalah osteoporosis disebabkan tidak cukup vitamin D seperti di Timur Tengah kerana kebanyakn wanitanya memakai purdah atau pakaian hitam gelap yang menutup keseluruhan muka, badan, tangan dan kaki. Walaubagaimanapun, kita perlu mengelakkan daripada mengambil vitamin D secara sintetik kerana ia boleh merosakkan buah pinggang jika diambil untuk tempoh waktu yang panjang.





Leave a Reply

Labels