Friday, 10 May 2013

Bobo kini Artis MIG?

0 comments



Bobo Kini Artis MIG

Video parodi "Sayang" yang dimuat naik di laman YouTube nyata membawa tuah buat Bobo apabila dia kini sah menjadi artis bawah naungan Metrowealth International Group yang diterajui oleh penerbit terkenal David Teo. 

Berita gembira ini disahkan oleh Bobo sendiri menerusi akaun Twitter miliknya, OfficialBoboMy berserta gambar bersama David Teo.

Nama Bobo mula menjadi perhatian selepas video parodi menyaksikan dirinya meniru gerak bibir serta menari mengikut alunan "Sayang" nyanyian penyanyi Indonesia, Shae dimuat naik dalam YouTube. 

Selepas "Sayang", Bobo turut menghasilan video lagu "Stay" nyanyian Rihanna serta "Teman Pengganti" daripada Black dan Malique. 





Leave a Reply

Labels