Friday, 10 May 2013
Cerita Sedih
Tiga orang sahabat Si A, Si B an Si C yang tinggal serumah
di sebuah apartment seetinggi 50 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat
bertugas, mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya
ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus
dan lif tidak berfungsi.
Si A : Macamana ni..rumah kita lak paling atas sekali?
Si B : Aduhhh..bikin bingung kepala, nak kena panjat tangga
pula..larat ke?
Si C : Aku rasa baik kita naik je tangga. Kita pun tak tahu
bila agaknya elektrik ada semula.
Si A : Aku ada satu idea, kita naik tangga sambil bercerita.
Tapi kita kena bercerita yang sedih-sedih saje..sebab kalau kita naik tangga
buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab asyik ketawa. Biar kita
serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju. Maka bermulalah langkah kaki menaiki
tangga untuk ke tingkat 50. Si A mula bercerita…
Si A : Aku masa kecil punyalah sedih sejarah hidupku. Aku
membesar tanpa bapa. Bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan lagi. Dari
kecil aku…bla..bla…bla…bla…
Punyalah sedih mereka mendengar cerita Si A hingga
meleleh-leleh air mata. Sedar tak sedar mereka dan sampai ke tingkat 15. Mereka
berhenti sekejap bukannya kerana penat tetapi berhenti untuk mengelap air mata.
Kemudian mereka kembali meneruskan perjalanan sambil Si B pula yang bercerita.
Si B : Sejarah hidup aku lagi sedih. Semasa umur aku 5
tahun, kedua ibu bapa aku meninggal dalam kemalangan jalanraya. AKu dibesarkan
oleh abang sulung aku yang masa tu hanya berusia 13 tahun. Abang sulung aku tak
bersekolah kerana ingin bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 5 orang…bla..bla…bla…
Sekali lagi mereka bertiga meleleh-leleh kesedihan. Punyalah
lama si B bercerita dengan sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 40. Hanya
10 tingkat saje lagi. Sambil melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat 41, Si
C mula bercerita.
Si C : Alaaaaaa….korang punya cerita cukup sedih
sangat..cerita aku lagi sedih punya.
Si A : Kau ada sejarah hidup sedih jugak ke?
Si C : Ermmm…mungkin hari ini dalam sejarah.
Si B : Cerita je la..kita da tinggal 5 tingkat je lagi ni.
Si C : aku sedih sangat-sangat sebab…..KUNCIRUMAH KITA AKU
TERTINGGAL DALAM KERETA!!! UWAAAA!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































