Monday, 13 May 2013
Jerawat....Tolonglah Pergi!
Masalah
jerawat dan kulit wajah sememangnya cukup sinonim. Faktor kehadirannya adalah
pelbagai. Salah satu daripadanya adalah faktor pemakanan yang boleh jadi antara
pengaruh besar ayng merangsang kepada kehadiran jerawat di wajah. Pun begitu,
selain pemakanan, penjagaan kebersihan kulit juga perlu diamalkan dengan penuh
disiplin. Langkah pencegahan awal boleh diambil untuk mengatasi masalah jerawat
ini.
Tip-tip
penjagaan kebesihan kulit yang boleh dipraktikkan:
- Jangan memicit atau menekan jerawat di wajah
kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit anda. Memicit noda-noda
pada wajah (bintik-bintik hitam atau putih) boleh membawa kepada jangkitan atau
parut. Ia juga mampu membuatkan jerawat yang sedia ada merebak menjadi lebih
teruk.
- Basuh
sarung bantal sekerap yang mungkin dan pastikan anda sentiasa menggunakan tuala
wajah yang bersih. Tuala dan sarung bantal yang kotor akan didatangi bakteria
dan kuman yang mana akan membuatkan jerawat menjadi teruk.
-
Pastikan rambut anda disikat dan diikat ke atas agar ia tidak menyentuh kulit
wajah semasa anda tidur.
- Jika
boleh, pastikan anda terus mandi sebaik selepas anda bersenam atau bersukan
kerana peluh yang bercampur dengan minyak daripada kulit boleh memerangkap
kotoran dan bakteria di dalam pori-pori wajah.
-
Elakkan tidur dalam keadaan wajah masih bersolek. Solekan boleh menutup pori-pori
dan menyebabkan kulit berjerawat.
-
Pastikan anda membersihkan alat mekap seperti berus dengan kerap menggunakan
air bersih. Jika perlu, tukar alat mekap yang sudah lama digunakan dengan yang
baru.
-
Gunakan rawatan yang sesuai pada bahagian wajah yang lebih cenderung ditumbuhi
jerawat dan bukan hanya pada bahagian kulit yang sudah berjerawat sahaja.
Proses pori-pori tersumbat memakan masa antara dua hingga tiga minggu sebelum
ia ditumbuhi jerawat.
-
Bersenam dengan kerap boleh mengurangkan stress dan pada masa yang sama
melancarkan peredaran darah serta oksigen pada kulit. Ia secara tidak langsung
membantu mengelakkan pertumbuhan jerawat.
-
Minumlah sekurang-kurangnya 12 gelas air setiap hari sebagai langkah detoks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































