Monday, 13 May 2013
Refleksologi Kaki Bantu Atasi Stres
Tahukah
anda bahawa refleksologi kaki boleh membantu mengembalikan keseimbangan dalam
badan? Kaki kita adalah titik asas kesihatan dalaman. Ia mempunyai hubungan
dengan otak yang berfungsi mengawal keseimbangan badan untuk berdiri dan
berjalan. Kaki jugalah yang berperanan mengangkat berat badan kita setiap hari.
Kajian melaporkan bahawa purata seseorang dewasa itu berjalan sejauh Sembilan
batu atau 9,000 langkah setiap hari. Untuk melakukannya, kaki memainkan peranan
mengekalkan sebahagian tahap tekanan yang ada.
Dengan
tekanan yang berulang-ulang dan gangguan di antaranya, kaki akan menjadi letih
dan sakit hingga menhasilkan stress pada seluruh badan. Di sinilah refleksologi
kaki diguna pakai. Dengan melakukan teknik urutan menggunakan tangan dan jari,
berserta sapuan minyak pati pada tapak kaki, rasa letih dan sakit boleh diubati
dan seterusnya menghapuskan semua sekatan yang wujud hasil daripada kerahan
tenaga pada kaki.
Apa itu
Refleksologi?
Secara
ringkasnya ia merupakan sejenis Tenaga penyembuhan berseni yang disalurkan
melalui sistem saraf. Zon-zon dan refleks pada tapak kaki (dan juga tapak
tangan) boleh dikatakan ‘cermin’ kepada kesihatan seluruh badan. Rangsangan
refleks ini akan menghantar mesej kepada beberapa bahagian badan. Ia kemudiannya
akan mengurangkan tekanan, memperbaiki peredaran darah, merawat proses
penghantaran oksigen dan zat-zat kepada sel-sel dan membantu badan mengekalkan
keseimbangan semulajadinya.
Penggunaan
minyak pati semasa rawatan refleksologi kaki juga memainkan peranan sebagai
terapi stres yang dirasai pada badan. Lazimnya, minyak pati ini adalah darpada
aroma ekstrak bunga-bungaan, pokok, akar dan biji benih. Setiap satu daripada
aroma ini membekalkan beratus-ratus komponen kimia yang digunakan untuk
menyokong kesihatan badan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya.
Berikut
adalah beberapa manfaat daripada rawatan refleksologi:
-
Merehatkan otot
-
Mengekalkan tingkat normal kelenjar dalam badan
-
Memperbaiki peredaran darah
-
Mencergaskan fikiran dan semangat
- Membantu
mengesan masalah kesihatan dengan lebih awal
-
Membantu merehatkan mental, mengurangkan tekanan fizikal dan emosi
-
Melegakan sinus hampir serta-merta
- Membantu
mengurangkan kesakitan dan menghantar tenaga penyembuhan pada seluruh badan
-
Membantu proses detoks dan pembersihan dalam badan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































